
Kengkawan yg join..
Isnin baru ni aku dengan biras (Arie) dengan kengkawan sekolah dia masa kat SSI dulu pegi ke Gunung Lambak, Kluang Johor. Asalnya memang tak tau langsung yang kita akan ke Gunung Lambak ni.. Yang kelakarnya nama gunung tu sendiri dah sama dengan nama pakcik aku yang tokey masak ni (Pak Lambak). Sebelum aktiviti ni mula, malam sebelumnya tu aku dengan Arie pegi lepak teh tarik dengan member zaman sekolah Arie. Farid.. jurutera Petronas yang buat masa ni based di Pakistan, baru je sampai Johor Bahru dan dia ajak lepak kat kedai mamak berhampiran dengan rumah dia. So malam tu sebelum aku balik rumah Arie, kita orang lepak berborak dengan Farid sambil tengok EPL – Liverpool vs Everton (draw 1-1.. Arie frust sebab dia fan Liverpool..)
Dalam pukul 2.oo pagi, kita orang sampai kat rumah Arie. Aku pun terus prepare equipment utk photoshoot esok hari. Nothing much too prepare sebab semuanya dah ready before aku sampai Johor lagi. Masalah masa tu ialah tak cukup tido. Mana taknya, kita org terpaksa siap untuk bertolak ke Kluang pukul 6.30 pagi. Ikut kan aku ada dalam 4 jam je untuk tido. Nasib baik lah terjaga kul 6.15 pagi, terus kejut Arie and memang ngam-ngam siap bila kawan Arie (Hakim – master organizer utk program photoshoot kali ni) sampai kat depan pintu gate rumah.
Kita org sampai di stesen keretapi Kluang tepat jam 7.38 pagi. Ikut plan, semua janji untuk jumpa kat situ pukul 7.30 pagi. Pendek cerita, semua dah berkumpul jam 8.30 pagi siap sarapan. Masa tu la baru Fitri and Pak Teh sampai. Bincang punya bincang, semua sepakat untuk pegi ke Gunung Lambak lead by Fitri sebab dia mmg orang Kluang.

Dipermulaan perjalanan
Bila dah sampai, kita org park kereta masing-masing and terus bergerak masuk ke kawasan rekreasi Gunung Lambak. Ramai juga orang yang datang pagi tu. Since program ni puny antara kengkawan je, so takde formal introduction pada participants on what to do. Semua terus bawak keluar kamera masing-masing and shoot mana yang berkenan dihati. Aku suka follow dari belakang, sebab takde subject, so kengkawan se-aktiviti la subject aku. =)
Masa diawal program, aku dah set nak guna Macro lense yg aku baru dapat baru-baru ni. So composition gambar aku kali ni mmg kurang menarik sebab limitation on the focal length (fixed at 90mm). Takpe lah, saje nak challenge untuk buat yang terbaik dengan kekangan itu. Oohh.. program kali ni tak spesifik pada 1 jenama kamera aje. Ada Nikon / Canon / Fuji and Sony.. So gambar yg aku persembahkan kali ni adalah gabungan dari 4 pembuat kamera..

Rumah yg ditinggalkan orang
Pak Teh, Hakim dan Arie dah memang berkawan sejak sekolah rendah lagi. So dia org memang dah kenal hati budi masing-masing masa program ni mula. Fitri dan aku je yang baru join geng ni.. Tapi program still on.. Almaklumla.. peramah la katakan.. hahaha
Ok la, nak dipendekkan lagi cerita, aku describe sikit on the participants background :
Pak Teh – Ikut kata Hakim and Arie, dia dah lama dalam bidang fotografi ni.. 6 tahun lebih kalau tak silap. Pak Teh masih lagi guna film SLR untuk kerja-kerja wedding photoshoot dia. Personally, aku nampak yang Pak Teh ni memang power. Ye lah, aku start pun dengan DSLR, tapi dia sampai sekarang masih dengan SLR film. Tapi masa aktiviti tu memang racun meracun tu tak pernah berenti la.. Nak pujuk Pak Teh untuk beli 1 DSLR cepat-cepat. Pak Teh pakai Fuji camera – bukan DSLR (akan2 DSLR cuma lense tak boleh tukar je) – tak ingat pulak model apa.

Group photo
Hakim – Master planner / organizer untuk program ni. Arie cakap, kalau Hakim yang organize, program tu mesti jalan punya. Tak pernah sangkut la setakat ni.. Next program is Pesta Layang-Layang kat Pasir Gudang, Johor from 16 sampai 20 February ni. Aku belum tau lagi boleh join ke tidak. Insyallah kalau sempat, memang join punya la.. March pulak katanya nak turun KL – nak shoot dia Putrajaya. Time tu, akua pulak tour guide dia org – hmmm Feb ni kena plan dah aktiviti utk Putrajaya ni. Hakim pakai Canon 450D
Fitri – Satu pejabat dengan Pak Teh dan Hakim. Fitri pakai Nikon D60 hari tu. Fitri la yang jadi guide kita orang masa hari tu. Kalau tak pasal dia, aku rasa susah sikit la nak cari Gunung Lambak tu. Thanks Fitri for the guidance. =)
Arie – In short, dia ni biras aku. Aku beli kamera aku ni pun atas 2 sebab. Pertama, sebab aku punya handycam kena curi tahun 2006 kalau tak silap (kes pecah rumah). Aku harap pencuri bedebah tu dapat siksaannya sementara masih di dunia ni lagi. Sebab kedua ialah Arie – dia beli Sony H9 camera dia lebih kurang lepas time rumah aku kena pecah. Setahun lepas tu baru la aku dapat beli Alpha 200 aku ni. Aku memula belajar pasal fotografi ni pun dari dia. Lepas dapat kamera, belajar sendiri dah lepas tu..
Fariz Ramli – aku la tu.. tak payah nak cite pasal banyak lagi masa aku boleh cerita karang.. =) jangan marah..
Cukup la kot celoteh aku sampai sini. Untuk gambar-gambar lain (antara yang terbaik pada pandangan aku) semuanya ada kat sini